Terdapat seramai 600 rakan digital PEDi untuk melatih usahawan kecil di PEDi seluruh negara. Usahawan-usahawan kecil di sekitar PEDi Kg. Pandan, Pahang juga telah mendapat manfaat daripada program-program latihan yang dijalankan di pusat tersebut. Usahawan yang bermula secara kecil-kecilan kini telah berjaya memasarkan produk mereka secara giat dalam talian seperti menerusi media sosial. Salah seorang contoh usahawan yang kini berjaya membesarkan perniagaan beliau ialah Cik Syahida Husna, seorang usahawan kerepek pisang. Anda juga berpeluang untuk tingkatkan perniagaan anda, kunjungi PEDi di kawasan berdekatan anda.