Tarikh    :  21 September 2019   

        Masa      :  10.00 am - 12.00 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  1 Orang

 

Tujuan

Kelas dihadiri oleh 1 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih peserta untuk mahir menggunakan tetikus. Selain itu, pelajar juga diajar bermain permainan pembelajaran melalui aplikasi sebran iaitu mengira objek dan meneka berapa jumlah objek tersebut untuk belajar menggunakan tetikus.

Aktiviti

Bermain permainan pembelajaran melalui aplikasi Sebran dan pelajar juga membuka applikasi Kea Colouring Book.

Gambar di sini


 

        Tarikh    :  18 September 2019   

        Masa      :  7.30 am - 1.00 pm    

        Lokasi    :  SK Kuala Tahan

        Peserta  :  Pelajar Sekolah

 

Tujuan

 Memupuk semangat kemerdekaan di kalangan pelajar sekolah rendah.

Aktiviti

 Pelajar sekolah rendah menyertai pertandingan basikal berhias,busana kemerdekaan,pertandingan mendeklamasi sajak dan acara pentas cilik

Gambar di sini


 

        Tarikh    :  07 September 2019   

        Masa      :  3.00 pm - 5.00 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  4 Orang

Tujuan

Kelas dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk belajar membuat origami bunga menggunakan kertas. Pelajar belajar melalui pembelajaran di laman web Youtube. Selain itu, kelas ini dapat menguji pelajar dalam membuat tugasan dengan teliti dan mengikut arahan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan

Aktiviti

Peserta dikehendaki mencari origami bunga   yang ada di youtube dan cuba untuk mengikut langkah demi langkah cara untuk membuat origami tersebut.

Gambar di sini 


 

 

Tujuan

Kelas dihadiri 4 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk memperkenalkan salah satu modul Dashboard Komuniti iaitu My Place yang memudahkan pengguna mencari lokasi dan kawasan menarik di sekitar penempatan komuniti.

 

Aktiviti

Memberi pendedahan kepada pengguna cara untuk tag@melabelkan lokasi/tempat menarik sekitar Kampung Kuala Tahan dan pada masa yang sama menggalakkan komuniti setempat untuk menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti-MyPlace. 

 

Gambar di sini 


 

        Tarikh    :  06 September 2019   

        Masa      :  3.00 pm - 5.00 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  2 Orang

 

Tujuan

Kelas dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam pengetahuan matematik dan melatih serta mendidik pelajar untuk berfikir secara kreatif.

Aktiviti

Pelajar diberi soalan-soalan matematik untuk dijawab dan diberi tunjuk ajar cara menjawab soalan matematik. 

 

Gambar di sini