Tarikh : 20 Julai 2019 Masa : 10.15 am - 12.15pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih peserta untuk mahir menggunakan tetikus. Selain itu, pelajar juga diajar bermain permainan pembelajaran melalui aplikasi sebran iaitu mengira objek dan meneka berapa jumlah objek tersebut untuk belajar menggunakan tetikus.
Aktiviti
Bermain permainan pembelajaran melalui aplikasi Sebran dan pelajar juga membuka applikasi Kea Colouring Book.
Tarikh : 19 Julai 2019 Masa : 2.40 pm - 4.40 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk belajar membuat pelbagai bentuk haiwan menggunakan kertas. Pelajar belajar melalui pembelajaran di laman web Youtube. Selain itu, kelas ini dapat menguji pelajar dalam membuat tugasan dengan teliti dan mengikut arahan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan
Aktiviti
Peserta dikehendaki mencari haiwan yang ingin dibuat yang ada di youtube dan cuba untuk mengikut langkah demi langkah cara untuk membuat haiwan tersebut.
Tarikh : 07 Julai 2019 Masa : 10.00 am - 12.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam pengetahuan matematik dan melatih serta mendidik pelajar untuk menjawab soalan-soalan matematik
Aktiviti
Pelajar diberi soalan-soalan matematik untuk dijawab dan diberi tunjuk ajar cara menjawab soalan matematik.
Tarikh : 07 Julai 2019 Masa : 2.30 am - 5.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar menghafal dan memahami rukun islam dan rukun iman. Serta menguji minda pelajar akan rukun islam dan rukun iman. Juga memahirkan jari pelajar untuk menaip serta menggunakan tools yang ada di microsoft word.
Aktiviti
Peserta dia ajar menaip mengikut tulisan yang ditetapkan,membuat bentuk yang mereka inginkan dan menghias muka surat dengan hiasan page border yg sesuai.
Tarikh : 06 Julai 2019 Masa : 2.30 pm - 5.30 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih peserta untuk mahir menggunakan tetikus. Selain itu, pelajar juga diajar bermain permainan pembelajaran melalui website ABCya berkaitan dengan soalan matematik
Aktiviti
Bermain permainan pembelajaran melalui website https://www.abcya.com/games/alphabet_number_magnets. Pelajar juga bermain word seacrh online.