Pada 1 Julai 2016, Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Kuala tahan dengan jayanya telah lulus SAT yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Maka secara rasminya bermulalah operasi harian PEDi Kuala Tahan untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti setempat tanpa mengira bangsa, agama, umur, jantina dan sebagainya. Tergolong dalam Fasa 8 Clawback 2014,Mini PI Kuala Tahan terletak di Kg Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Ia merupakan satu - satunya PEDi yang ada di Kg Kuala Tahan. Pada 24 November 2016, berlansungnya Hari Bersama Komuniti Mini PEDi Kuala Tahan yang telah dirasmikan oleh Tuan Syarifuddin Bin Mohd Sa'ad, Al Fadhil Qadhi Daerah Jerantut serta diiringi oleh Dato' Norbaiti Binti Abu Bakar ( P.K ADUN Tahan ), Encik Mohd Norizuan Bin Jamil ( Penolong Pegawai Daerah - Pelupusan Tanah ), Penghulu Zulkefly Bin Zaadun Zubir ( Penghulu Mukim Tembeling Tengah ), Encik Nazaruddin Bin Abu Bakar ( Pegawai TM ), Encik Wan Ahmad Temizi Bin Wan Said ( Ketua Kampung Kuala Tahan) dan Encik Sh Azmanisham Bin Sh Othman ( Pegawai MSD ).