Taman Negara telah ditubuhkan pada tahun 1939 dan merupakan Taman Negara yang pertama dan terbesar di Malaysia. Ia juga merupakan salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia, yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kepelbagaian flora dan fauna di sini, menjadikannya salah satu ekosistem terkaya di dunia.

Mutiara Taman Negara Resort mempunyai persekitaran hutan hujan yang menakjubkan yang menghadap ke sungai Tembeling dan Tahan. Sebagai satu-satunya Resort di dalam sempadan Taman Negara, ia adalah tempat yang ideal untuk menerokai kawasan sekitarnya. Penginapan di dalam chalet kayu gaya Malaysia yang selesa dengan pancuran mandian panas dan sejuk, penghawa dingin, televisyen, peti sejuk mini, kemudahan membuat kopi & teh dan kipas siling. Mutiara Taman Negara merupakan resort yang terbesar di Taman Negara Pahang terletak di seberang sungai Pahang mempunyai banyak resort mengikut spesifikasi seperti banglo, chalet Suite, triple bed chalet, chalet family, Chalet Dan Camping. 

Sumber dari : https://www.mutiaratamannegara.com/