Flurona terbentuk apabila seseorang individu dijangkiti oleh virus influenza dan coronavirus pada masa yang sama. #MenangBersama#LindungDiriLindungSemua

#KeluargaMalaysia#JabatanPenerangan


Lindungi kanak-kanak bawah 12 tahun daripada terdedah COVID-19.


 

Terdapat seramai 600 rakan digital PEDi untuk melatih usahawan kecil di PEDi seluruh negara. Usahawan-usahawan kecil di sekitar PEDi Kg. Pandan, Pahang juga telah mendapat manfaat daripada program-program latihan yang dijalankan di pusat tersebut. Usahawan yang bermula secara kecil-kecilan kini telah berjaya memasarkan produk mereka secara giat dalam talian seperti menerusi media sosial. Salah seorang contoh usahawan yang kini berjaya membesarkan perniagaan beliau ialah Cik Syahida Husna, seorang usahawan kerepek pisang. Anda juga berpeluang untuk tingkatkan perniagaan anda, kunjungi PEDi di kawasan berdekatan anda.
 


 

Teknologi baharu dan aliran pasaran yang kian berubah menyebabkan peranan maklumat data peribadi semakin penting dalam ekonomi pasaran transaksi globalisasi. Kita perlu sedar bahawa isu perlindungan data ini tidak sewajarnya dipandang remeh kerana ia membabitkan penggunaan data peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, alamat tempat kerja, nombor kad pengenalan.

#JomAmbilPeduli

#LindungiDataPeribadi

#KomunikasiKita

#JabatanPenerangan