Pihak berkuasa telah menyediakan pelbagai kemudahan awam bagi penduduk Kampung Kuala Tahan. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah Poliklinik , Pondok Polis , SMK Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah dan SK Kuala Tahan. Di samping itu, terdapat juga kemudahan Bas, Dewan Orang Ramai, Padang Belia, Gelanggang Futsal, Masjid, Surau dan Tandas awam.