SEJARAH TAMAN NEGARA KUALA TAHAN

 

Negara kita yang beriklim khatulistiwa telah menjadikan Malaysia antara negara yang bertuah di dunia ini. Malaysia memiliki hutan hujan yang subur dan indah untuk dinikmati oleh para pencinta alam. Kita juga beruntung kerana secara tidak langsung hutan hujan di negara kita turut menyumbangkan pendapatan kepada penduduk negara kita khasnya dan juga kepada negara. Salah satu kawasan hutan tersebut ialah Taman Negara Kuala Tahan. Pada hari ini 15 Januari 1987, Taman Negara Kuala Tahan telah diswastakan. Taman Negara Kuala Tahan adalah salah sebuah taman negara yang terkenal di dalam dan luar negara. Taman ini menjadi tumpuan pelancong yang berhasrat untuk menikmati keindahan alam semulajadi di kawasan ini. Projek penswastaan Taman Negara bukanlah secara keseluruhan di mana syarikat hanya akan terlibat dari segi perkhidmatan membuat tempahan, perkhidmatan bot, rumah rehat dan pengurusan restoran. Kerja-kerja pengurusan Taman Negara secara keseluruhan masih lagi dibawah tanggungjawab Jabatan Perhilitan. Jabatan Perhilitan yang ditubuhkan pada tahun 1937 dengan nama Jabatan Margastua ini telah beroperasi selama 50 tahun menguruskan soal-soal mengswasta penjagaan hidupan liar dan alam semulajadi negara. Pada hari ini 15 Januari 1987, sebahagian daripada tanggungjawab ini telah diserahkan kepada syarikat swasta untuk mengendalikannya dan untuk menjadikan taman negara lebih selesa apabila dikunjungi oleh pelancong-pelancong. Dengan projek penswastaan ini beberapa perkhidmatan telah dapat dilepaskan oleh Jabatan Perhilitan dan membolehkan Jabatan menumpukan tugas mereka kepada soal-soal yang lebih penting terutama dalam menjaga keindahan taman negara agar dapat kekal bertahan sebagai sebuah taman semulajadi untuk jangka masa yang lebih panjang.