Tarikh    :  21 Mei 2021 

        Masa      :  03.00 pm - 5.00 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  1 Orang

 

Tujuan

Pengguna membuat permohonan memasuki jawatan dalam perkhidmatan awam di atas talian.

Aktiviti

Pengguna memohon jawatan di dalam  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang.

Gambar di sini


 

        Tarikh    :  03 Mei 2021  

        Masa      :  10.30 am - 12.30 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  1 Orang

 

Tujuan

Pengguna diberi pendedahan mengenai asas Microsoft Office Word dan meningkatkan penguasaan serta pengetahuan berkaitan Microsoft Office Word agar menjadi lebih mahir. Selain itu merupakan sesi penghasilan resume kerjaya dengan kemas dan teratur sebagai rujukan untuk bakal majikan kelak.

 

Aktiviti

 

  • Petugas Pusat Internet Komuniti (PIK) membantu dan memberi bimbingan kepada pengguna dalam penyediaan resume yang lengkap formatnya. Perkongsian tips menghasilkan resume yang lengkap, kemas dan menarik turut dikongsi bersama.

 

Gambar di sini 


 

        Tarikh    :  09  April 2021

        Masa      :  09.40 am - 11.40 am    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  1 Orang

 

Tujuan

Peperiksaan ini dihadiri oleh seorang pengguna yang ingin menjawab peperiksaan online untuk memasuki jawatan di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Aktiviti

Pengguna menjawab peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di website http://examonline.spa.gov.my/PUB/login.php

Gambar di sini


 

        Tarikh    :  03 Mei 2021  

        Masa      :  3.30 pm - 5.00 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  2 Orang

 

Tujuan

Kelas dihadiri oleh dua orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk melatih peserta untuk mahir menggunakan tetikus. Selain itu, pelajar juga diajar bermain permainan pembelajaran melalui aplikasi sebran iaitu mengira objek dan meneka berapa jumlah objek tersebut.

Aktiviti

Peserta bermain permainan pembelajaran melalui aplikasi Sebran.

Gambar di sini 


        Tarikh    :  08 April 2021   

        Masa      :  3.20 pm - 5.20 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  3 Orang

 

Tujuan

Kelas dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih peserta mencari perkataan tersembunyi dan ditulis dalam arahan tertentu. Permainan ini sangat popular dan digemari terutama dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, dapat merangsang otak para peserta, melatih kesabaran dan ketabahan, dan meningkatkan pengetahuan tentang perkataan-perkataan yang sering digunakan. 

Aktiviti

Mencari perkataan mengikut susunan dan arahan yang diberi. Peserta juga bermain puzzle online selepas siap word search online.

Gambar di sini