Tarikh    :  07 Ogos 2020  

        Masa      :  09.30 am - 11.00 am    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  2 Orang

 

Tujuan

Peperiksaan ini dihadiri oleh 2 orang pengguna yang ingin menjawab peperiksaan online untuk memasuki jawatan di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Aktiviti

Pengguna menjawab peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di website http://examonline.spa.gov.my/PUB/login.php

Gambar di sini


        Tarikh    :  11 Mac 2020  

        Masa      :  2.30 pm - 4.30 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  1 Orang

 

Tujuan

Kelas dihadiri oleh seorang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk melatih peserta untuk mahir menggunakan tetikus. Selain itu, pelajar juga diajar bermain permainan pembelajaran melalui aplikasi sebran iaitu mengira objek dan meneka berapa jumlah objek tersebut serta coloring book untuk belajar mewarna menggunakan tetikus..

Aktiviti

Peserta bermain permainan pembelajaran melalui aplikasi Sebran dan Coloring Book

Gambar di sini 



        Tarikh    :  02 Mac 2020   

        Masa      :  2.30 pm - 4.30 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  1 Orang

 

Tujuan

Kelas dihadiri oleh seorang pengguna. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membuat permohonan dan pendaftaran kemasukan murid Tahun Satu secara atas talian bagi sesi kemasukan 2021 dan 2022. Permohonan boleh dilakukan bermula pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020

Aktiviti

Pengguna membuat permohonan dan pendaftaran kemasukan murid Tahun Satu menggunakan sistem pendaftaran atas talian melalui laman sesawang public.moe.gov.my. Ibu bapa perlulah melengkapkan maklumat seperti maklumat peribadi murid, maklumat ibu bapa, maklumat pra sekolah/tadika, profil kesihatan, rekod imunisasi kanak-kanak serta pelbagai lagi.

Gambar di sini


        Tarikh    :  07 Mac 2020   

        Masa      :  2.30 pm - 4.30 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  4 Orang

 

Tujuan

Kelas dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengcungkil bakat dan tahap kreativiti pelajar  dalam menggunakan Paint. 

Aktiviti

Peserta dikehendaki membuka Paint dan melukis rumah mengikut kreativiti masing-masing.Pelajar juga bermain puzzle online

Gambar di sini


        Tarikh    :  21 Februari 2020   

        Masa      :  10.00 am - 12.00 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  1 Orang

 

Tujuan

E-munakahat adalah sistem maklumat perkahwinan islam bagi negeri pahang. 

Aktiviti

Pasangan yang hendak berkahwin perlu membuat permohonan secara atas talian di dalam sistem ini. Pengguna perlu membuat semakan, kemaskini dan pendaftaran baru, untuk membuat permohonan ini. Peserta juga perlu mengisi katalaluan, kod keselamatn, soalan keselamatan untuk masuk didalam sistem ini. Segala maklumat yang telah siap diisi perlu dicetak dan dihantar ke pejabat agama.

Gambar di sini