Tarikh : 05 Disember 2020 Masa : 2.00 pm - 5.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 11 Orang |
Tujuan
Pertandingan kuiz kahoot online sempena Program Kesedaran & Promosi Disember 2020 Pusat Internet Kuala Tahan. Melibatkan penyertaan dalam kalangan pelajar sekolah yang berumur dari sepuluh hingga dua belas tahun bagi mengukuhkan lagi hubungan komuniti dengan Pusat Internet & menjadikan Pusat Internet sebagai pusat kesalinghubungan untuk pembelajaran
Aktiviti
- Para peserta menjawab soalan di paparan skrin komputer melalui web kahoot. Peserta yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga.
Tarikh : 05 Disember 2020 Masa : 9.30 am - 1.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 14 Orang |
Tujuan
Pertandingan mewarna sempena Program Kesedaran & Promosi Disember 2020 Pusat Internet Kuala Tahan. Melibatkan penyertaan dalam kalangan pelajar sekolah yang berumur dari tujuh hingga sembilan tahun bagi mengukuhkan lagi hubungan komuniti dengan Pusat Internet & menjadikan Pusat Internet sebagai pusat kesalinghubungan untuk pembelajaran
Aktiviti
Para peserta mewarna menggunakan daya kreativiti tersendiri. Hasil karya yang kreatif dan menarik akan dinilai untuk dipilih sebagai pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga.
Tarikh : 01 Disember 2020 Masa : 10.00 pm - 12.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Pengguna membuat permohonan memasuki jawatan dalam perkhidmatan awam di atas talian.
Aktiviti
Pengguna memohon jawatan di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang.
Tarikh : 04 Disember 2020 Masa : 3.00 pm - 5.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Sesi taklimat dan perkongsian yang melibatkan topik berkenaan Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong dan juga taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) yang menyentuh tentang Buli Siber, Maklumat Palsu / Sebenarnya.my dan Terlebih Berkongsi (Oversharing).
Aktiviti
-
-
- Menyebarkan kesedaran orang ramai khususnya para pengguna Pusat Internet yang terdiri dalam kalangan remaja tentang pentingnya hak kebebasan bersuara adalah hak kita sebagai rakyat Malaysia dan amalan Klik Dengan Bijak (KDB). Selain itu, melalui sesi ini juga, dapat menerapkan nilai-nilai murni demi menjaga keharmonian negara dan menggunakan hak individu dengan lebih bertanggungjawab.
-
Tarikh : 20 November 2020 Masa : 3.30 pm - 5.30 pm
Lokasi : PI Kuala Tahan
Peserta : 6 Orang
|
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk belajar membuat origami menggunakan kertas. Pelajar belajar melalui pembelajaran di laman web Youtube. Selain itu, kelas ini dapat menguji pelajar dalam membuat tugasan dengan teliti dan mengikut arahan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan
Aktiviti
Peserta dikehendaki mencari origami yang ada di youtube dan cuba untuk mengikut langkah demi langkah cara untuk membuat origami tersebut.