Tarikh    :  22 Disember 2019   

        Masa      :  9.40 am - 11.00 am    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  8 Orang

 

Tujuan

Kelas dihadiri oleh 8 orang pelajar sekolah. Sesi mempelajari cara membuat Sandwich menggunakan resepi yang mudah di dalam youtube. Melatih para pengguna untuk menjadi seorang individu yang serba boleh dalam pelbagai aktiviti. Memupuk semangat kerjasama dan menambah keyakinan diri untuk mahir menyediakan atau menyajikan menu makanan.

 

Aktiviti

Petugas Pusat Internet berkongsi tips untuk menghasilkan sandwich yang mudah tetapi sedap. Para pengguna diberi resepi dan bahan-bahan yang diperlukan iaitu roti roti, salad, tuna,bawang dan cili. Selepas itu, para pengguna dikehendaki mengikuti setiap langkah yang diberi untuk membuat dan menghias sandwich yang lazat juga menarik. Kemudian para pelajar diminta menulis semula resepi untuk membuat sandwich tersebut.

 

Gambar di sini  


        Tarikh    :  21 Disember 2019   

        Masa      :  2.15 pm - 4.45 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  3 Orang

 

Tujuan

Kelas dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah. Memupuk semangat ingin tahu dan mempelajari perkara baru kepada pelajar dan mencipta peta minda mengikut kreativiti masing-masing.penerangan tentang salah satu fungsi yang terdapat dalam Microsoft Word  iaitu shapes, smart art yang boleh digunapakai untuk mencipta peta minda.Edit peta minda berdasarkan bentuk dan warna yang sesuai.Mendidik pelajar lebih arif mengenai penggunaan Microsoft Word. Mendedahkan pelajar dengan kepelbagaian fungsi yang ada di dalam aplikasi tersebut.Melahirkan pelajar yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu idea dan kerja.

 

Aktiviti

Pelajar membuka microsoft word dan membuat mind map mengikut kreativiti sendiri.

 

Gambar di sini


 

        Tarikh    :  17 Disember 2019   

        Masa      :  10.00 am - 12.00 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  2 Orang

Tujuan

Kelas dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menguji minda pelajar dalam menjawab soalan-soalan berkaitan  sifir 1-12. Pelbagai appplikasi permainan berkaitan sifir juga terdapat di dalam website https://www.sifirdarab.com/ dan abcya.com

Aktiviti

Pelajar menjawab soalan sifir dan bermain applikasi sifir online di website https://www.sifirdarab.com/ dan abcya.com

Gambar di sini


 

        Tarikh    :  20 Disember 2019   

        Masa      :  2.40 pm - 4.40 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  3 Orang

 

Tujuan

Kelas dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar  membuat pengumuman / mesej di dalam My Komuniti. Pelajar membuat pengumuman berkaitan kebaikan mengggunakan internert di ruangan My Komuniti

 

Aktiviti

Pelajar membuat pengumuman dalam My Komuniti dan bermain typing test.

 

Gambar di sini


 

        Tarikh    :  12 Disember 2019   

        Masa      :  2.50 pm - 4.50 pm    

        Lokasi    :  PI Kuala Tahan

        Peserta  :  9 Orang

 

Tujuan

Kelas dihadiri oleh 9 orang pelajar sekolah.Tujuan kuiz kahoot ini  diadakan adalah untuk menguji minda dan kepantasan pelajar menekan papan kekunci komputer dengan menjawab kuiz online mengenai pusat internet dan sebagainya.

Aktiviti

Menjawab soalan di paparan skrin komputer melalui web kahoot.

Gambar di sini