Tarikh : 08 Oktober 2019 Masa : 2.40 pm - 5.10 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah rendah. Tugasan ini dibuat secara berkumpulan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk belajar membuat rak kasut menggunakan kotak. Pelajar belajar melalui pembelajaran di laman web Youtube. Selain itu, kelas ini dapat menguji pelajar dalam membuat tugasan dengan teliti dan mengikut arahan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Aktiviti
Pelajar mencari contoh rak kasut yang ada di youtube dan cuba untuk mengikut langkah demi langkah cara untuk membuat rak kasut tersebut. Pelajar menyiapkan tugasan untuk membuat rak kasut.