386512006_715007817327891_487650914527664003_n.jpg

Penggunaan rokok elektronik atau vape boleh mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya. Antara penyakit baru yang dikesan adalah E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury atau EVALI.
Bahan-bahan yang terkandung di dalam cecair rokok elektronik apabila dipanaskan akan menghasilan bahan kimia yang boleh memberikan kesan keradangan kepada lapisan paru-paru dan menyebabkan penyakit EVALI.
Kenali apa itu EVALI dan gejala EVALI. Jangan mula merokok sama ada rokok konvensional atau rokok elektronik/vape.
 
Bagi mereka yang merokok atau menggunakan rokok elektronik, anda dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan di Klinik Berhenti Merokok yang disediakan di klinik kesihatan berdekatan atau melayari laman sesawang www.jomquit.com.