Kebanyakan remaja menggemari minuman berkarbonat berikutan rasanya yang lazat. Namun, minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula yang tinggi yang boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis.

Selain itu, gas karbon dioksida juga dimasukkan ke dalam minuman berkarbonat untuk menjadikannya ‘bergas’ dan meningkatkan kelazatannya.

Oleh itu, orang ramai hendaklah mengehadkan minuman berkarbonat dalam menu harian bagi mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan agar kekal sihat.

Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

MENGEHADKAN-MINUMAN-BERKARBONAT-.jpg