Permohonan Kemasukan ke Program Matrikulasi Sesi Ambilan 2023/2024 bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022

323924134_1243256233222571_1339154871757638500_n.jpg


 

skkt 

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan terletak 80 km dari bandar Jerantut. SK Kuala Tahan merupakan sekolah kategori luar bandar. SK Kuala Tahan terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut. SK kuala Tahan boleh dihubungi dengan Bandar terhampir melalui jalan darat yang bermula dari Simpang Felda Padang Piol dan jalan air melalui jeti Kuala Tembeling. SK Kuala Tahan terletak di Mukim Tembeling Tengah. Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Tembeling. Sekolah ini dibuka pada 9 februari 1960 dengan sebuah bangunan yang mempunyai 2 buah bilik darjah. Permulaannya dibuka, sekolah ini hanya mempunyai seramai 30 orang murid sahaja. Pada 29 Oktober 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Encik Khair Johari telah merasmikan pembukaan sekolah ini. Kini sekolah ini mempunyai dua buah blok bangunan baru setinggi 3 tingkat setiap satunya. Di mana bangunan ini telah dibekalkan pelbagai kemudahan asas terkini serta ruang pembelajaran yang lebih selesa dan terkini yang sama dengan sekolah-sekolah di bandar.

 

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan terletak 80 km dari bandar Jerantut.SK Kuala Tahan merupakansekolah kategori luar bandar.SK Kuala Tahan terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut.SK kuala Tahan boleh dihubungi dengan bandar terhampir melalui jalan darat yang bermula dari Simpang Felda Padang piol dan jalan air melalui jeti Kuala Tembeling.


SK Kuala Tahan terletak di Mukim Tembeling Tengah. Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Tembeling. SK Kuala Tahan juga berhadapan dengan kawasan perlancongan
yang terkenal iaitu Lebih daripada 50 % penjaga kepada pelajar SK Kuala Tahan terlibat dalam sektor perlancongan.Sektor perlancongan merupakan nadi kepada ekonomi
Kuala Tahan. Terdapat banyak hotel dan chalet dibina untuk memenuhi permintaan sektor pelancong Kuala Tahan merupakan tempat persinggahan pelawat dari serata dunia yang ingin menikmati keindahan di mana terletak sebuah sekolah yang dinamakan
Sekolah Kebangsaan Kuala tahan. 

Sekolah ini dibuka pada 9 februari 1960 dengan sebuah bangunan yang mempunyai 2 buah bilik darjah.Permulaannya dibuka, sekolah ini hanya mempunyai seramai 30 orang murid sahaja. Pada 29 Oktober 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Encik Khair Johari telah merasmikan pembukaan sekolah ini.Kini sekolah ini mempunyai dua buah blok bangunan baru setinggi 3 tingkat setiap satunya. Di mana bangunan ini telahdibekalkan pelbagai kemudahan asas terkini serta ruang pembelajaran yang lebih selesa dan terkini yang sama dengan sekolah-sekolah di bandar.