Tarikh : 07 April 2019 Masa : 10.00 am - 1.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar memuat turun gambar di internet. Seterusnya pelajar diminta membuat pengumuman / mesej Salam Israk Mikraj. Pelajar juga membuka laman web Youtube untuk membuat bentuk origami. Melalui ini dapat menguji pelajar dalam membuat tugasan dengan teliti dan mengikut arahan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan
Aktiviti
Pelajar memuat turun gambar tahun baru dan membuat ucapan yang kreatif di dalam My Komuniti. Peserta dikehendaki mencari bentuk origami yang ada di youtube dan cuba untuk mengikut langkah demi langkah cara untuk membuat bentuk origami tersebut. Ketekunan dan fokus pelajar dapat dilihat dalam menyiapkan bentuk origami yang sukar dan mendapat kepuasan apabila berjaya mendapatkan bentuk origami yang diinginkan.
Tarikh : 06 April 2019 Masa : 10.30 am - 1.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar tentang peribahasa dan mencari maksud peribahasa tersebut
Aktiviti
Pelajar mencari maksud peribahasa di google seacrh. Pelajar juga bermain puzzle onlline
Tarikh : 05 April 2019 Masa : 2.30 pm - 4.30 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah rendah. Permainan kuiz israk dan mikraj menggunakan komputer bertujuan untuk melatih pelajar menjawab soalan kuiz mengenai israk mikraj dan menggunakan kemahiran tangan yang pantas menekan papan kekunci komputer. Aktiviti ini dapat memberi kefahaman kepada pelajar tentang israk mikraj, kisah rasul dan peristwa yang terjadi dalam israk mikraj dengan menjawab soalan-soalan yang diberikan melalui kuiz.
Aktiviti
Menjawab soalan di paparan skrin komputer melalui web https://quizizz.com/ . Melatih peserta menggunakan tetikus dengan pantas untuk menjawab soalan
Tarikh : 06 April 2019 Masa : 3.00 pm - 5.30 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih peserta untuk mahir menggunakan tetikus. Selain itu, pelajar juga diajar bermain permainan pembelajaran melalui aplikasi sebran iaitu mengira objek dan meneka berapa jumlah objek tersebut untuk belajar menggunakan tetikus.
Aktiviti
Bermain permainan pembelajaran melalui aplikasi Sebran dan website https://www.abcya.com/games/alphabet_number_magnets.
Tarikh : 12 Mac 2019 Masa : 10.00 am - 12.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang pengguna yang ingin membuat pendaftaran murid prasekolah & tahun 1. Pengguna mendaftar pelajar secara atas talian di web Kementerian Pelajaran Malaysia.
Aktiviti
Pengguna mendaftar mykid anak,mengisi maklumat diri ibubapa dan anak,mengisi maklumat kesihatan anak dan memohon penempatan sekolah anak.