Tarikh : 16 Mac 2019 Masa : 10.00 am - 12.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 3 orang pelajar lepasan SPM. Tujuan kelas diadakan ialah untuk membuat permohonan pendaftaran UPU di laman web https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/ .
Aktiviti
Peserta diperkenalkan mengenai cara membuka portal UPUonline,membuat pendaftaran akaun baru dan cara mengemaskini maklumat di portal UPUonline serta memohon program pengajian yang layak mengikut keputusan SPM.
Tarikh : 06 Mac 2019 Masa : 3.30 pm - 5.30 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Program dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam pengetahuan matematik dan melatih serta mendidik pelajar untuk berfikir secara kreatif.
Aktiviti
Pelajar diberi soalan-soalan matematik untuk dijawab dan diberi tunjuk ajar cara menjawab soalan matematik. Pelajar juga bermain jigsaw puzzle setelah siap menjawab soalan matematik
Tarikh : 05 Mac 2019 Masa : 2.30 pm - 4.30 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 13 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 13 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih peserta mencari perkataan tersembunyi dan ditulis dalam arahan tertentu. Permainan ini sangat popular dan digemari terutama dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, dapat merangsang otak para peserta, melatih kesabaran dan ketabahan, dan meningkatkan pengetahuan tentang perkataan-perkataan yang sering digunakan.
Aktiviti
Mencari perkataan mengikut susunan dan arahan yang diberi. Peserta juga bermain puzzle online selepas siap word search online.
Tarikh : 02 Mac 2019 Masa : 10.00 am - 11.00 am Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Program dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah rendah. Permainan kuiz kahoot jom sihat diadakan adalah untuk menguji minda dan kepantasan pelajar menekan papan kekunci komputer dengan menjawab kuiz online mengenai kesihatan.
Aktiviti
Menjawab soalan di paparan skrin komputer melalui web kahoot.
Tarikh : 02 Mac 2019 Masa : 8.00 am - 1.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 138 Orang |
Tujuan
Program ini dihadiri oleh 138 orang yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan komuniti mesra ict dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran yang bersih.
Aktiviti
No |
Aktiviti |
Penerangan |
Sasaran |
1 |
CERAMAH |
CERAMAH BERKAITAN KESIHATAN DAN PEMAKANAN SIHAT DARI PEGAWAI PERUBATAN KLINIK KESIHATAN KUALA TAHAN |
BELIA DAN IBUBAPA |
2 |
PEMERIKSAAN KESIHATAN DARI KLINIK KESIHATAN KUALA TAHAN |
MENGADAKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN: -TEKANAN DARAH -CEK GULA DALAM DARAH -BMI |
BELIA DAN IBUBAPA |
3 |
PENDAFTARAN AHLI BARU |
PENDAFTARAN AHLI BARU DI BUKA KEPADA YANG BELUM MENDAFTAR MENJADI AHLI PI KG KUALA TAHAN |
TERBUKA |
4 |
SENAMROBIK |
ACARA SENAMROBIK DIADAKAN DI AWAL PAGI SETELAH PENDAFTARAN YANG DIKETUAI OLEH JURUSENAM PUAN NORHANIZA BT YAACOB DARI KELAB NIEZA FITNESS ZONE |
TERBUKA |
5 |
MUATNAIK ARTIKEL BERKAITAN KESIHATAN DALAM MY KOMUNITI |
PERTANDINGAN MUATNAIK ARTIKEL KESIHATAN KE DALAM MY KOMUNITI |
TERBUKA |
6 |
PERTANDINGAN MEWARNA (GAYA HIDUP SIHAT) |
TURUT JUGA DIADAKAN PERTANDINGAN MEWARNA BAGI KANAK-KANAK. |
KATEGORI 5&6 TAHUN KATERGORI 7-9 TAHUN |
7 |
PERTANDINGAN MENU SIHAT |
TEMA YANG DIBERI ADALAH BERASASKAN MENU SIHAT SARAPAN PAGI (JURI PERTANDINGAN DARI PEGAWAI PERUBATAN KLINIK KESIHATAN KUALA KUALA TAHAN) |
TERBUKA |
8 |
PERTANDINGAN MAKE UP |
PERTANDINGAN MAKE UP JUGA DIADAKAN BAGI GOLONGAN WANITA |
TERBUKA |
9 |
JIGSAW PUZZLE |
PERTANDINGAN JIGSAW PUZZLE BAGI IBU BAPA |
TERBUKA |
10 |
PERMAINAN ATAS TALIAN |
TERDAPAT PERTANDINGAN PERMAINAN ATAS TALIAN YANG DISERTAI OLEH PENGUNJUNG. ANTARA PERTANDINGAN TERMASUK MYPLACE DAN MYSHOP |
TERBUKA |