Tarikh : 20 Mei 2019 Masa : 3.00 pm - 5.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih peserta untuk mahir menggunakan tetikus. Selain itu, pelajar juga diajar bermain permainan pembelajaran melalui aplikasi sebran iaitu mengira objek dan meneka berapa jumlah objek tersebut untuk belajar menggunakan tetikus.
Aktiviti
Bermain permainan pembelajaran melalui aplikasi Sebran dan pelajar juga membuka applikasi Kea Colouring Book.
Tarikh : 20 Mei 2019 Masa : 10.30 am - 1.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta menaip karangan yang mengandungi pelbagai jenis tulisan dan ciri-ciri seperti bold, italic dan underline untuk menekankan ayat karangan yang penting dengan menggunakan Microsoft Word. Juga memahirkan jari untuk menaip.
Aktiviti
Peserta dia ajar menaip Karangan Autobiografi yang telah disediakan mengikut tulisan yang ditetapkan dan menghias muka surat karangan dengan hiasan page border yg sesuai.
Tarikh : 17 Mei 2019 Masa : 2.30 pm - 5.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah. Permainan kuiz kahoot Ramadhan diadakan khas untuk menyambut bulan Ramadhan dengan menggunakan komputer bertujuan untuk melatih pelajar menjawab soalan kuiz mengenai ramadhan dan menggunakan kemahiran tangan yang pantas menekan papan kekunci komputer.
Aktiviti
Peserta dikehendaki menjawab soalan di paparan skrin komputer melalui web kahoot dan melatih peserta menggunakan tetikus dengan pantas untuk menjawab soalan.
Tarikh : 18 Mei 2019 Masa : 10.00 am - 1.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menguji minda pelajar dalam menjawab soalan-soalan berkaitan sifir 1-12. Pelbagai appplikasi permainan berkaitan sifir juga terdapat di dalam website https://www.sifirdarab.com/.
Aktiviti
Pelajar menjawab soalan sifir dan bermain applikasi sifir online di website https://www.sifirdarab.com/. Pelajar juga bermain permainan cari barang tersembunyi.
Tarikh : 06 Mei 2019 Masa : 10.00 am - 12.00 pm Lokasi : PI Kuala Tahan Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Kelas dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar memuat turun gambar di internet. Seterusnya pelajar diminta membuat pengumuman / mesej Salam Ramadhan Al-Mubarak. Pelajar juga membuat latihan menaip dengan menggunakan aplikasi rapid typing bermula dari tahap peringkat terendah hingga tertinggi.
Aktiviti
Pelajar memuat turun gambar salam ramadhan dan membuat ucapan yang kreatif di dalam My Komuniti.Peserta juga dikehendaki membuat latihan menaip melalui applikasi rapid typing.