Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:

🧒🏻 kanak-kanak
👴🏻 warga tua
🤰🏻wanita mengandung
💊mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.

Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya adalah amat digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.

SUMBER : FACEBOOK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

290220975_405542848274391_9210823003680745441_n.jpg


 

Bulan Ramadan kali ini pastinya amat bermakna kepada seluruh warga Malaysia memandangkan negara telah memasuki fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April 2022.

Namun, KKM ingin mengingatkan masyarakat agar sentiasa mengamalkan penilaian risiko kendiri semasa menjalankan aktiviti harian terutamanya yang melibatkan interaksi ramai orang seperti membeli belah dan mengunjungi bazar. 4️⃣ faktor utama apabila membuat penilaian risiko kendiri adalah keadaan lokasi, masa, penjarakan dan pelitup muka

Semoga Ramadhan pada tahun ini dapat dijalani dengan penuh kesabaran, keikhlasan, ketakwaan, dan mendapat keberkatan dari yang Maha Esa.

SUMBER:https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

277796928_350079570487386_4063712472260492386_n.jpg


 

Ayuh lakukan sekarang!
Jangan bertangguh lagi!
15 Mei 2022 adalah sebagai tarikh akhir pemberian Dos 1 Vaksin COVID-19 di bawah PICKids.
Untuk maklumat berkaitan PICKids, sila layari:
 
JANGAN-BERLENGAH.jpg