Klinik Kesihatan Kuala Tahan

 

Klinik Kesihatan Kg.Kuala Tahan mula beroperasi sekitar tahun 1977. Ianya memberi perkhidmatan meliputi kawasan sekitar yang hanya boleh dihubungi jalan sungai, terletak di seberang kawasan Taman Negara. Pada tahun 1980an ianya di naik taraf sebagai Gedung Ubat Tetap (GUT) yang diterajui oleh seorang Pembantu Perubatan, Seorang Bidan dan seorang Atendan sebelum di selaraskan kepada nama Poliklinik Komuniti dan sekali lagi pada tahun 1992 di selaraskan kepada Klinik Kesihatan. Dengan pertambahan penduduk kawasan sekitar dan wujudnya jalan utama yang menghubungkan Bandar Jerantut dengan Kg.Kuala Tahan ianya telah menjadi nadi perkhidmatan bagi penduduk di sini selaras dengan lokasi pelancongan terkenal. Pada tahun 2009 kerajaan telas meluluskan projek Kinik Kesihatan baru yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke -10. Tapak klinik seluas 3 ekar terletak bersebelahan dengan perumahan Felcra Tembeling Tengah.

hfmd

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.

 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

 

1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah /

    taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas

    ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta

    lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda

    jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.