Kebanyakan remaja menggemari minuman berkarbonat berikutan rasanya yang lazat. Namun, minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula yang tinggi yang boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis.
Selain itu, gas karbon dioksida juga dimasukkan ke dalam minuman berkarbonat untuk menjadikannya βbergasβ dan meningkatkan kelazatannya.
Oleh itu, orang ramai hendaklah mengehadkan minuman berkarbonat dalam menu harian bagi mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan agar kekal sihat.
Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia
Kebanyakan kuih-muih dan minuman harian seperti teh dan minuman berkarbonat mengandungi gula yang tinggi. Pengambilan gula secara berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan penyakit kardiovaskular. Oleh itu, orang ramai perlu peka terhadap makanan dan minuman yang diambil dan mematuhi saranan pengambilan gula tambahan untuk mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) berkaitan pemakanan.