IMG-20200402-WA0025.jpg

Peningkatan kes COVID-19 yang melanda negara kita menyebabkan ramai di kalangan kita berasa risau dan bimbang. Namun, kebimbangan melampau dan mencetuskan rasa panik tidak membantu malah boleh menyebabkan seorang individu yang sihat menjadi sakit. 
 
Ini kerana tekanan atau stress akan menyebabkan pengeluaran ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekali gus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan seseorang lebih mudah dijangkiti oleh pelbagai penyakit. Jadi dinasihatkan supaya anda yang berada di rumah untuk keep calm, do things that you love and wash your hands with soap. 
 
#stayhome 
#stayhealthy 
#staysafe 
#fightcovid19together

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan mereka yang telah menghadiri 'Ijtimak Tabligh7 di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dari 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020, segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline 03-88810200/ 03-88810600, 03-88810700 atau Pejabat Kesihatan Daerah.

myhealthkkm.jpg

hfmd

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.

 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

 

1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah /

    taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas

    ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta

    lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda

    jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.